Selasa, 6 Disember 2011

saya belajar mencintai air suam ;D





Info menarik dan aku nak kongsi ngan korg la syg ~!

Macam pelik je nape entry aku ni bertajuk sebegitu. hahaha! sebab mulai hari ni aku kene minum 3 liter air suam setiap hari, argggh! tidak ;D saya tak mahu , tak mahu :)
mahu tak mahu aku kene minum gak. yeah!! go,go!

aku saje nk kongsi ngan korg tentang kebaikan air suam ni :)


Berikut lapan sebab tentang kebaikan minum air putih/air suam/air kosong/air masak...


1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.


2. Meningkatkan kesuburan

Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.


3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.


4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.


5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.



Baik untuk anda..jom minum!!


6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air suambukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.


7. Menyihatkan jantung

Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.



Credit:Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan