Isnin, 29 Ogos 2011

Kita Bercinta di Syurga : )




Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.

Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi di saat-saat begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, dipenuhi dengan kenderaan berat. Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.

"Abang nak dengar lagu ape?"

Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.

"Sayang cuba tekan nombor 3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Amin kepada isteri tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.

"Tajuk pe lagu tu?"

"Err.. Ade la.. Hehe.."

"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."

"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.." Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.

"Romantiknye abang ni.."

"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."

Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.

Mekar di taman hati..

Cinta pertama..

Engkau ciptaan seni idaman kasih..

Antara bibir tersiratnya pekerti..

Kelembutan yang mendamaikan jiwa..

"Oo.. lagu ni rupenye.." Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.

"Sayang suka lagu ni?"Soal Amin.

"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu kat asrama, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa remaja kan.. Dulu ada kawan-kawan yang sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."

Sayang tak tunggu kat radio?

"Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak sempat.."
"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.." Bicara Amin panjang lebar.

Izyani di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.

Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia.

"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Fatimah sejak di zaman matrikulasi dulu, sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.

"Sayang pulak camna?"

Amin mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.

"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat.. siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan sayang.."

"Alolo.. Wat ayat sedey plak.."Amin memintas kata Izyani.

"Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni.."

"Sekarang ni sedey lagi la?"Soal Amin ringkas.

"Tak dah!"Balas Izyani.

"Sebab?"

"Sebab tak sedey laa..." ^_^

"Oo.. kenakan abang ye.."

"Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok, sedih.."

Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.

"Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti..Doanya di telinga Izyani..

"Ameen.."Balas Izyani.

Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.

"Lajunye kereta tu.."Getusnya di hati.

"Ya Allah!!"

Ayat itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.

Dammmmm!!

Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.

----

Dalam kebahagian, dijemput bertemu Yang Maha Esa?

Mustahil?

Semoga kita dapat bercinta di Syurga nanti..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Hari ni aku puassss !

nak tahu tak kenapa ? huhu :)aku bukann nak menyampah or pape sumtin like that dekat kau . tapi kau tahu kot nape aku cakap mcm ni. duluu kau sakitkan hati aku dengan perangai kau yang gatal miang sangat , mcm tak leh tgk laki. asyik nak bergambar dengan laki. sekarang ,kau rase ape yg aku rase aku jahat ke kau jahat . aku boleh je friendly nan kau. tp bile kau da lebih-lebih mmg susah la. dulu aku hormat je kau.

p/s : tolong lah jangan nak gatal sangat ea, behave your self ! huhu ;)


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?6267433560694072a2feb8cf05ad2b1a

Sabtu, 23 Julai 2011

pelancaran PMKL :)














21july pelancaran PMKL dlangsungkan . huhuhu ;D penat kot kiteorg tolong lecturer malam tu. smpai pukul 9 malam. haishh ;D ,nasib baik tak pengsan, just hampir pengsan je.huhuhu. tp best jugak jadi penat ni.hehehe . at the end,selesai jugak pelancaran. hahaha,

Jumaat, 22 Julai 2011

senyumlah wahaaaaai hati yang bersedih :)



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (‘I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.’-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
‘Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
‘Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.’- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan).’

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikansyurga utk mereka… ?- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal.’- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
‘… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkankaum yg kafir.’- Surah Yusuf ayat 12

Ahad, 17 Julai 2011

cinta langit dan laut :)






Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
anda boleh laju.

Selasa, 28 Jun 2011

HERE I AM :)



All night, a man called “Allah”
Until his lips were bleeding.
Then the Devil said, “Hey! Mr Gullible!
How comes you’ve been calling all night
And never once heard Allah say, “Here, I am”?
You call out so earnestly and, in reply, what?
I’ll tell you what. Nothing!”

The man suddenly felt empty and abandoned.
Depressed, he threw himself on the ground
And fell into a deep sleep.
In a dream, he met Abraham, who asked,
“Why are you regretting praising Allah?”

The man said, “I called and called
But Allah never replied, “Here I am.”
Abraham explained, “Allah has said,
“Your calling my name is My reply.
Your longing for Me is My message to you.
All your attempts to reach Me
Are in reality My attempts to reach you.
Your fear and love are a noose to catch Me.
In the silence surrounding every call of “Allah”
Waits a thousand replies of “Here I am.”

—Jalaluddin Rumi, “Here I Am”

Isnin, 27 Jun 2011

321 cinta , best !




Semalam pergi Berjaya Times Square dgn kawan aku :) miskah namanya~ lagipun lama tak keluar nan dia, tue y keluar semalam. lepas pergi ipb , terus ke BTS . then lunch treats kat KFC, tak sedap kot. hahaha! aku makan tak habis :) Wee~ bila pergi KFC BTS , teringat dekat dia *rindu! selalu makan dengan dia je kat KFC BTS ~ lepas makan,hajat nak beli kasut. tapi semua kasut sekat BTS tak lawa langsung~ ulang-ulang kasut yang sama je.hadoiii ~ lepas tum pergi buy tiket wayang. aku ingat cerita bi tak best. hahaha! tp sahabat aku nak sangat tengok movie ni. aku pun join je laa~ movie start pukul 2:40 pm ~ tunggu je la dekat luar. hehehe! yes! dah "now seating" . tiket wayang dah kena koyak. hahhaa! sambil jalan nak cr room 7 , nampak poster movie "SEKALI LAGI" . YA ALLAH,handsome sangat shaheizy sam. HAHHAA! tak sabar nak tengok movie tu yang bakal di tayangkan pada 30 june 2011 :) sampai pun room bernombor 7 , sejuk sangat :) movie pun da start , enjoy je la~ ade kelaka , sedih *tahan nagis kot. hahhaa! kesimpulannya,movie ni mmg best ! tp lagi best kalau ada Shaheizy sam :) hee *peace!